bunga jatuh



Wednesday, 17 June 2015

Number Celcom kena block??!!

Yuhuuu~
Lately busy gila dengan kemasukan belajar kat UiTM Dungun, Terengganu ni. Ade sape2 pernah belajar kat UiTM Dungun ni tak?? Nak mintak tunjuk ajar skett.. Hehe..

So, kali ni nak cerita pasal nombor Celcom kena block.
Aikk.. Kena block macam mana tu??  Kita tak boleh call orang ke??

Haaa, kalau nombor Celcom awak2 semua kena block bukan takat tak boleh call orang je tau! Mesej tak masuk, internet pun tak jalan.. Almaklumlah sekarang ni kan internet dah menjadi suatu keperluan walaupun internet Celcom ni kalau nak langgan punyalah MAHAL GILAAAA!!!

Ini mengikut pengalaman aku sendiri la.. Aku teringat yang nombor Celcom aku tu da lama aku tak topap (ye lah, sape suruh internet mahal sangat). Dulu masa form 4 aku pun pernah guna nombor Celcom dan bila tak topap 3bulan terus kena block. So aku tak nak la pisang berbuah 2 kali. Aku hitung punya hitung punya hitung, aku rasa belum cukup 3bulan nii.. Sempat lagi kot nak topap bagi nombor tu tak mati..

Dengan excitednya aku pun beli lahh topap sampai RM10.60 (+GST) dengan harapan aku topap nanti lama la sikit kot tarikh expired topapnya. Belek2 fon, haaa ada lagi linenya tuu!! Jari aku cepat2 taip *122*................#. Tiba2 fon aku jadi hang!!! Ada la dalam 3saat. Then aku dok perhati je line Celcom atas skali dekat screen fon (aku guna fon dual-sim). Line pangkahhhh????!!!

Aku rasa nak nangis time tu jugakk!! Lagu kumpulan New Boyz-Sejarah Mungkin Berulang terngiang2 kat telinga aku. Rasa nak baling2 fon tu pun ada walaupun dia tak bersalah. Aku sayang gila kot nombor nyaa!! Segala urusan aku nak masuk U, dengan perihal kerja, dengan segala urusan rasmi lah senang citer aku guna nombor tuu. Sebab nombor tu cantik, banyak nombor 9 senang nak hafal...😭

Setelah termenung 2-3 minit aku pun terfikir, "Dah kau sayang sangat takkan tak boleh mintak Celcom unblock balik kan number tu?". Aku pun cari jalan. Rupa-rupanya sekarang ni Celcom bukan tunggu 3bulan but 50HARI JE untuk tempoh kau aktifkan balik topap fon tu. Kalau da tak topap baru, dia block! Hampehhh, suntuk gila masa dia bagi. Dah la service charge slalu mahal. Cari punya cari dia punya solution, rupanya.....

Ape yang antum2 semua kena buat sebenarnya ialah pergi dekat Celcom Centre. Diulangi, PERGI DEKAT CELCOM CENTRE!! Kau jangan ngada2 nak call ke nak mesej ke nak e-mel awek2 Celcom tu. Kau ingat dia rajin benar nak melayan urusan online?? Haaa, Celcom Centre ni pulak kau kena cari yang betul2 Centre dia. Macam aku duduk kat kampung Sekinchan, yang ada paling dekat pun Teluk Intan dengan Selayang. Tapi aku pilih yang kat Selayang la sebab aku tak pernah jejak Teluk Intan. Kang sesat naya!! Kalau yang kat kampung aku tu takat kedai2 jual topap dengan simkad Celcom je yang banyak. Kedai2 macam tu jangan pergi sebab hampehh dorang pun tak tau cemane nak buat pastu suruh korang pergi centre jugak. Padan muka!!

Dah cari Celcom Centre tu ape yang korang perlu buat senang je. Masuk dalam Celcom Centre, ambil nombor giliran, duduk sebentar, pergi ke kaunter apabila dipanggil, sediakan RM30, cerita masalah number kau kena block sebab dah tak boleh guna, pastu dok pung pang pung pang, bayar, settle!! Dia akan mintak kau restart balik fon lepas tu da bole guna. Tapi sayang jugak kan RM30.. Banyak tuu!! Aku slalu sebulan topap RM10. Kadang2 je RM5 sebab tak berapa guna sangat. Ini RM30 terus.. Haihhh, massage.. 💆

Sejak daripada peristiwa tu sekarang ni tiap2 bulan aku akan topap. RM5 je sebulan. Internet aku tak tolak dari topap sebab aku sekarang kat UiTM da ada wi-fi free. Tapi wi-fi UiTM ni pun bukan aku guna sangat pun. Line lambat gila, semua berebut nak guna! Aku online menggunakan Yes. Nak tau pasal Yes? Next entry lahh okayy.

Chow dulu!! Oh yaa! Yang dah lama tak topap fon tu sila alert ya. Jangan sampai kena block!!! *wink

Friday, 15 May 2015

Chicken Pox.. Ohh Chicken Pox!!

Ahahaaa..
Pelik ke tidak aku menulis pasal chicken pox tengah2 pagi buta tak berapa nak  celik ni?
Bukannya apa, disebabkan aku tak lena nak tidur akibat gatal2 kesan pop2 ayam yang baru nak kering ni aku nak kongsi la PETUA dan PENGALAMAN aku boleh terjebak di usia lanjut begini.(lanjut lahh sangatt!)

Macam yang kita sedia maklum, biasanya chicken pox ni banyak hinggap kat kanak2 je. Tapi ada jugak yang bila umur sampai dah meningkat 25tahun ke atas masih tak kena2 lagi. Apa yang seronoknya bila kena masa kecik2 kita cuma akan rasa macam demam biasa je. Seharian just tidur, tau2 bila bangun dah sihat.

But for adults? Rasanya Ya Ampunnnn!! Kau akan rasa tak larat langsung nak bangun, suhu badan sesuka hati dia nak naik ke turun and yang paling perit, luka2 tu bengkaknya sampai ke tulang. Aku tak tau lah kalau ada yang kena biasa2 ke. Tapi benda2 perit tu semua berlaku kat aku lah.

Aku kena masa tu aku terasa badan aku gatal2 tengah sedap dok keje. Tergaru sana, tergaru sini(buat muka feeling sket terpejam-pejam mata menggaru). Aku ni dah la keje bahagian customer service. Agak2 customer datang kedai tengok aku tergaru-garu dah macam beruk mak yeyeh gamaknya.

Pastu bila balik rumah bukak je tudung... PERGHHH!!! Banyaknya pop2 di muka!! Ada yang dok tang situ, ada yang dok tang sini! Pastu keceburrrr tuang sampah masuk dalam perigi lalu terkena si Ajis di bawah.(tetiba masuk citer P.Ramlee)

Aku pun mula la tak sedap hati. Aku ambik tepon, terus mesej mak kat kampung.

"Mak, orang da penah kena chicken pox ke belum masa kecik2 dulu?"

Tunggu dua tiga minit. Berjalan kejap ke hulu, berjalan kejap ke hilir.'Teet Teeeeet!!'

"Belum. Rasanya."

Hamboii mak. Pendeknya ayat! Tapi mak aku memang macam tu. Life is simple katanya, tak payah nak bajet sangatlah taip panjang2. Ekikikiki..

So aku pun buat keputusan esoknya aku kena jugak pegi klinik sebab alang2 dah cuti. Buatnya kalau aku bukan kena chicken pox, kena penyakit kulit lain tak ke naya kan. Aku pun gagahkan diri merempit dengan Honda Wave cabok yang aku usung hari2 pegi keje demi mencari sesuap nasi tu menuju ke pusat bandar. Waktu doktor panggil tu aku steady lagi, masih sihat!! Tapi bila je dia kata...

"Awak kena chicken pox ni, jenis besar. Suhu badan awak pun ada demam sikit. Saya bagi awak MC, awak berehat kat rumah okey."

Sayu gila hati aku. Serta-merta badan aku jadi lemah, demam pun terus menjengah. Baru nak terasa yang, aku ni demam rupanya!!

Disebabkan nak bercuti panjang balik klinik tu aku terus hantar MC dekat bos aku. Bila aku cakap je aku kena chicken pox...
Zaza si mak nyahh menjerit.
Kak Anis yang rajin melawak mula menjauh.
Bos aku lagi haru! Menyorok kat belakang standee takut berjangkit.
Okayy, aku sentap tapi aku diam. Bos aku suruh aku balik cepat2 ke kampung minum air kelapa. Biar cepat baik masuk keje balik. Dalam lemah-gemalai aku turutkan jugak packing2 barang, terus merempit 2jam atas motor balik kampung kat Sekinchan. Memang da tak tunggu apa dah.

Sampai je kampung aku terus terbaring kat ruang tamu. Merayu-rayu kat mak aku nak minum air kelapa, bos suruh. Punya bergelen2 air kelapa aku telan. Dan efeknyaaa... Esok semua pop2 naik!! Paling banyak tang muka pulak tu!! Aku punya terseksa tak boleh berjalan sebab dekat tapak kaki pun banyak tumbuh. Suhu badan aku pun terus meningkat 39+ darjah celcius. Dia punya bintik2 tu jadi bengkak, menyucuk2 ke tulang. Allah saja yang tahu betapa terseksanya aku terlantar kat ruang tamu sampai maksu aku datang melawat kata... "Gaya kau ni da macam orang nazak tak sabar panggil sekampung baca yasiin".. Kakakakaaa...

Dalam perit2 tu, ada beberapa petua yang aku ikut. Antaranya...

1) Minum air kelapa muda. Yang kaler hijau tau, jangan yang kuning. Tapi kalau nak minum jugak yang kaler kuning sukahati kau lah nokkk. jadi benda lain jangan cari makk hokkehh..

2) Jauhi segala makanan yang hitam2 especially kopi dan kicap. Parut nanti hitam 'katanya'.

3) Jangan main hujan. Parut lagi jadi kekal. Tak kira la kau nak buat kuch2 hotak hang ke, har dil jo pyar karengga ke, kau buat la tengah2 panas. Biar rentung asalkan kulit kau maintain takde parut okeyy.

4) Cari daun semambu/neem, pastu koyak2kan then kita buat main masak2. Eh..(gurau je) Daun tu kau blender then campurkan dengan air, buat mandi. Boleh kurangkan gatal2. Daun ni abang aku tolong cari dekat rumah2 India. Lepas ambik kena campak duit 5sen dekat bawah pokok tu. Buat 'penyedap' katanya! (paham2 je lahh)

5) Ni petua paling senang. Jangan marah2 orang. Biasa la bila kita sakit ni maknanya Allah nak uji, nak bersihkan balik dosa2 lama kita. Kang kalau kau marah2 tengking2 orang tak berbaloi pulak dengan sakit yang kau da penat2 tanggung tu.

Alhamdulillah perlahan-lahan aku sembuh dan ada la dalam 2minggu makan masa untuk pulih. Biasa la sakit mana yang cepat baik. Tapi yang sedihnya muka aku. Parut memang lambat nak hilang, ramai kata makan masa berbulan lah jugak. Aku ni keje jumpa banyak orang. Lepas ni masuk keje balik ntah cemana customer2 aku pandang nanti. Sabar je lah mak nakkk...